RUMAH KEBAJIKAN ANAK–ANAK YATIM
AL-HIJRAH
PT.4972,TAMAN ALAM PERDANA,BINJAI,24000 KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN.
Sumbangan / derma hendaklah dinamakan :-
PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM AL-HIJRAH
NO. AKAUN : 13026010052742 ( Bank Islam )
NO. TEL : 013-9486848
PENGENALAN
Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah adalah sebuah institusi di
wujudkan oleh sebuah NGO yang dinamakan Pertubuhan Anak-Anak Yatim Al-
Hijrah Terengganu.
( No. Daftar Pertubuhan : PPM-021-11-14022013 )
Rumah Anak Yatim ini telah ditubuhkan pada 1hb. Januari 2013 atas daya
usaha, sahabat-sahabat yang menjadi ahli Pertubuhan Anak-anak Yatim Al-
Hijrah Terengganu.Pertubuhan ini, kini telah menyewa 3 unit rumah teres untuk
menempatkan anak-anak yatim miskin di seluruh negeri Terengganu.
PENGETUA
Anisah Binti Johari
WARDEN
Mohd Fauzi Bin Pilus@Bilal Deraman
SIJIL PENDAFTARAN PERTUBUHAN
( No. Pendaftaran PPM-021-11-14022013 )
SIJIL PUSAT JAGAAN
Sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat :No. T/P JB KK 001/ 2013
VISI
MASYARAKAT SEJAHTERA DAN PENYAYANG
MISI
MEMBANGUN MASYARAKAT KE ARAH KESEJAHTERAAN SOSIAL
MOTO
KEBAHAGIAAN DI DUNIA KESEJAHTERAAN DI AKHIRAT OBJEKTIF PENUBUHAN
1. Mengumpulkan anak-anak yatim miskin yang mempunyai pencapaian yang baik dan sederhana dalam akademik agar dapat ditempatkan dengan sempurna seperti anak-anak yang masih mempunyai tempat bergantung.
2. Mewawasankan pelajar-pelajar sebagai individu yang berakhlak mulia agar menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
3. Membantu pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan untuk meneruskan cita-cita mereka sehingga ke puncak menara gading.
4. Membasmi faktor kemiskinan yang menyebabkan sebahagian di antaranya tidak bersekolah dengan cara memberi bantuan semasa berada di Rumah Anak-anak Yatim ini.